Bas Mewah Di Malaysia
Melancong di Malaysia sangat mudah kerana terdapat pelbagai mod pengangkutan. Antara mod-mod yang ada, menaiki bas adalah cara terbaik untuk melancong dalam negara. Malaysia dihubung baik dengan jalan raya yang membolehkan orang ramai sampai ke mana-mana destinasi dalam negara. Biarpun bas ekonomi atau bas mewah, anda akan mempunyai pelbagai pilihan apabila menempah bas online tiket.
Bas mewah lebih kerap menjadi pilihan penumpang berbanding dengan mod pengangkutan yang lain kerana memberi keselesaan pada harga berpatutan. Kadang kala, perjalanan menaiki koc-koc ini lebih pantas daripada kereta api, membuatkan bas mewah menjadi pilihan utama.
Malaysia mempunyai lebih daripada 100 syarikat bas yang menghubungkan pelbagai pekan dan bandar. Pengendali-pengendali perkhidmatan menyediakan pelbagai kemudahan dalam bas mewah mereka pada harga-harga yang berbeza.
Apakah bas mewah?
Berbanding dengan bas ekspres standard yang boleh membawa seramai 40 penumpang, bas mewah yang kurang tempat duduk boleh memuat lebih kurang separuh daripada bilangan penumpang bas ekspres. Oleh sebab tempat duduk yang kurang, tempat duduk dalam bas mewah mempunyai ruang lengan dan kaki yang lebih luas. Selain itu, tempoh perjalanan bas mewah juga lebih singkat.
Laluan Singapura ke Kuala Lumpur (KL), ibu kota Malaysia, mengambil masa perjalanan 5 hingga 6 jam dan mempunyai banyak bas premium yang menawarkan kemudahan-kemudahan mewah. Bas-bas ini menggunakan Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang menghubungkan kedua-dua negara jiran.
Bas-bas Koc Mewah yang Popular di Malaysia
Antara beberapa perkhidmatan bas mewah yang mewah di Malaysia adalah -
- First Coach: Merupakan pengendali bas popular yang menyediakan laluan antara Singapura dan Malaysia. Firstcoach menyediakan bas mewah yang membantu penumpang-penumpang sampai ke destinasi dalam keadaan yang selesa. Anda boleh menikmati kemudahan seperti monitor individu dengan pilihan VOD, WiFi, ruang bagasi, ruang kaki yang luas, dll.
Terminal-terminal Singapura, Kuala Lumpur, Bangsar, Subang Jaya dan Bandar Utama mempunyai ruang menunggu yang mewah, dan penumpang-penumpang dapat menikmati perkhidmatan bas secara langsung dari kedua-dua hala.
Anda boleh menempah tiket bas Firstcoach dengan mudah secara online, dengan pelbagai penyedia perkhidmatan e-tiket online di Malaysia.
- Golden Coach: Terkenal sebagai salah satu bas premium yang membuat perjalanan di antara Singapura dan Malaysia, Golden Coach menawarkan perjalanan secara langsung dari Singapura ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Pengangkutan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang, Malaysia. Golden Coach juga membuat perjalanan seharian ke Ipoh dan Kuala Lumpur.
Pelepasan dari, dan ke laluan KL-Singapura dijadualkan dua kali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam. Bas koc selalunya berlepas dan tiba di destinasi-destinasi lain sekali pada waktu siang dan malam. Golden Coach menawarkan harga yang kompetitif, dan anda boleh membuat tempahan online tiket bas .
- Transtar First Class: Mempunyai koc-koc kelas pertama dengan tempat duduk kulit yang mempunyai ruang luas untuk tempat duduk bersebelahan tingkap dan akses lorong untuk penumpang. Tempat-tempat duduknya dilengkapkan dengan mesin urut, skrin monitor 10 inci yang boleh strim lebih daripada 100 filem-atas-permintaan dan permainan interaktif, serta tali pinggang keledar untuk memastikan keselamatan. Selain itu, Transtar First Class menyediakan perkhidmatan sajian makanan dan minuman, serta bahan bacaan, untuk kemudahan penumpang sepanjang perjalanan.
- Aeroline: Pengendali koc mewah ini membuat perjalanan ke destinasi-destinasi seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru (JB) dan Singapura, serta kawasan-kawasan utama di destinasi-destinasi ini. Aeroline menawarkan perjalanan ‘point-to-point’, bermakna tiada hentian sepanjang perjalanan untuk ketibaan yang lebih pantas. Bas-bas Aeroline mempunyai pelbagai kemudahan seperti skrin monitor sentuh individu, dan palam mengecas di setiap barisan berselang.
- Nice Imperial: Perkhidmatan koc dari Singapura ke KL ke Pulau Pinang ini, mempunyai hampir 27 tempat duduk mewah yang dilengkapkan dengan mesin urut. Setiap tempat duduk juga dilengkapkan dengan meja dulang dan palam untuk mengecas alat peranti anda. Koc Nice Imperial juga mempunyai kemudahan WiFi untuk melayar internet. Untuk makanan pula, hidangan vegetarian juga ditawarkan di samping menu biasa. Selain itu, terdapat beberapa tempat mengambil penumpang di kawasan Kuala Lumpur, dan ruang sebelum berlepas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk bas-bas yang membuat perjalanan ke Selatan seperti Melaka, JB dan Singapura.
Laluan Popular di Malaysia untuk Tempahan Tiket Bas Dalam Talian
Beberapa laluan bas popular untuk menempah tiket bas dalam talian di Malaysia termasuk -