Jenis Bas Popular di Malaysia
Menaiki bas adalah salah satu cara terbaik untuk melancong di Malaysia. Kebanyakan penduduk tempatan dan pelancong lebih gemar menaiki bas berbanding dengan pengangkutan yang lain kerana harga, ketersediaan, laluan perkhidmatan, dan sebagainya. Tawaran harga dari murah hingga ke mahal, anda dapat memilih dari pelbagai jenis bas di Malaysia. Rangkaian jalan raya bas di negara ini juga adalah terbaik. Bas-bas ini menghubungkan bandar dan tempat terpencil melalui jalan raya, ianya bagi memudahkan orang ramai untuk ke lokasi yang diingini.
Anda boleh melancong ke semua tempat tumpuan pelancong di Malaysia dengan menaiki bas. Disebabkan oleh pelbagai permintaan yang diterima dari orang ramai, operator bas menyediakan pelbagai jenis bas untuk menampung setiap jenis penumpang. Anda boleh menempah tiket bas online dengan mudah un tuk mendapatkan tempat duduk sambil menikmati tawaran dan diskaun.
Jenis bas yang terdapat di Malaysia
Apabila anda menempah tiket bas online, anda akan menjumpai operator bas yang menyediakan pelbagai bas di Malaysia. Anda boleh membandingkan semua jenis bas bergantung kepada susunan tempat duduk, kualiti, kemudahan, dan sebagainya. Anda juga akan menjumpai bas bandar tempatan, bas merentasi sempadan serta bas mewah di pelbagai lokasi. Kebanyakan bas di negara ini dilengkapi dengan penyaman udara dan juga mempunyai tempat duduk yang selesa.
Beberapa jenis bas di Malaysia adalah -
Bas Tempatan
Bas-bas ini menyediakan laluan jarak kecil dan kebanyakannya bergerak di dalam bandar. Bas Go KL, Metrobus, RapidKL, dan lain-lain, akan kerap dijumpai di Kuala Lumpur.
Ulang-alik ke Lapangan Terbang
Bas-bas ini menghubungkan penumpang dengan dua terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA1 dan KLIA2. Bas-bas yang beroperasi di antara bandar dan Lapangan Terbang ini akan dijumpai di sana. Skybus dan Aerobus adalah operator bas popular yang menghubungkan lapangan terbang dengan lokasi yang berbeza.
Bas antara bandar
Bas ini menghubungkan bandar-bandar yang berbeza di negara ini. Bas-bas tersebut dimiliki oleh operator bas swasta dan mempunyai pelbagai jenis. Beberapa laluan yang disediakan mempunyai bas yang bergerak pada waktu siang dan malam. Anda boleh menempah tiket online bas dengan mudah bagi bas ini.
Bas Ulang-alik
Anda akan menjumpai bas ulang-alik yang menyediakan perjalanan antara kedua-dua terminal lapangan terbang, KLIA1 dan KLIA2. Bas-bas ini tidak mengenakan bayaran untuk tiket dan juga meliputi jarak 3 km. Selain itu, terdapat bas ulang-alik yang berbayar, seperti Airport Liner.
Bas Merentasi Sempadan
Anda boleh melancong menaiki bas antara Singapura dan Malaysia dengan mudah. Bas merentas sempadan boleh dianggap mewah dan sangat selesa untuk dilalui. Causeway Link Express adalah operator bas popular yang menawarkan perjalanan merentas sempadan. Anda boleh menempah tiket online bas untuk melancong dari Singapura ke Malaysia.
Bas Kuala Lumpur Hop-On Hop-Off
Bas-bas ini menghubungkan tempat pelancongan utama di Kuala Lumpur. Untuk menaiki bas ini, anda hanya perlu menaiki bas di satu tempat dan turun apabila anda telah sampai ke destinasi anda. Anda memerlukan tiket yang sah untuk menaiki Bas Hop-on Hop-off Kuala Lumpur ini.
Tawaran Tempahan Online Tiket Bas
Online tiket bas boleh didapati bagi pelbagai jenis bas di Malaysia. Dengan menempah tiket bas online, ia dapat membantu anda untuk memastikan tempat duduk anda telah disahkan terlebih dahulu. Kebaikan bagi menempah bas online adalah anda boleh menempah dari mana-mana sahaja. Anda boleh membandingkan bas mengikut harga tambang, masa, kemudahan, operator, ulasan, dan lain-lain. Selain itu, anda boleh menikmati pelbagai tawaran dan diskaun bagi tempahan anda.
Langkah-langkah Keselamatan di atas Bas di Malaysia
Anda boleh menjumpai bas yang beroperasi sepanjang hari di Malaysia. Bergantung kepada laluan, anda mungkin akan menjumpai bas malam. Kebanyakan bas adalah dalam keadaan yang bersih dan mempunyai pemandu dan kakitangan yang berpengalaman dan terlatih.
Semasa pandemik ini, untuk melindungi penumpang, bas-bas ini telah mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan. Bas-bas tersebut telah dibersihkan dan dibasmi kuman selepas setiap perjalanan. Semua kakitangan dan penumpang perlu memakai topeng pelitup muka, sentiasa menggunakan hand sanitizer dan mengekalkan jarak sosial.
Apabila anda menempah online tiket bas, anda boleh mem baca ulasan bagi pelbagai operator bas dan memilih bas yang mempunyai penilaian yang baik.
Ianya adalah mudah untuk melancong ke tempat-tempat yang berbeza di Malaysia kerana sistem pengangkutannya yang terurus dengan baik dan berkaitan. Tiket boleh didapati secara online, dan tempahan tiket awal dapat membantu pelancong untuk menikmati pengalaman yang menarik di negara ini.