Proses Pembatalan Tiket Bas Online
Antara salah satu kebaikan utama menempah tiket bas online adalah apabila anda berpeluang membatalkan tiket dalam hanya kurang dari 5 minit sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam rancangan anda. Kebanyakan platform e-tiket juga membenarkan pembayaran balik selepas tiket bas dibatalkan. Semua ini boleh dilakukan tanpa perlu menghadirkan diri ke kaunter tempahan tiket fizikal.
Banyak platform e-tiket menawarkan aplikasi mudah alih peribadi yang membolehkan pengguna membatalkan tiket bas mereka secara online. E-tiket membantu penumpang dalam pra-perancangan perjalanan mereka serta menjimatkan masa dengan tidak menunggu sebarang bentuk pengangkutan.
Bila boleh anda buat pembatalan tiket bas online?
Anda hanya boleh membuat pembatalan tiket online bas anda sebelum bas dijadualkan berlepas. Jika anda tidak sempat menaiki bas, anda mesti membatalkan tiket anda terlebih dahulu kerana tiada operator bas akan membatalkannya sebaik sahaja bas meninggalkan balai pelepasan.
Operator bas tidak boleh menggantikan penumpang jika mereka tidak mempunyai maklumat mengenai tiket yang dibatalkan tersebut. Bas tidak boleh berhenti untuk mencari penumpang lain untuk mengisi tempat duduk, ini akan mengganggu jadual perjalanan. Penumpang perlu membatalkan tiket bas mereka seawal mungkin supaya boleh mendapatkan bayaran balik tiket bas.
Penumpang mungkin ingin membatalkan bas tiket online mereka kerana pelbagai situasi. Beberapa sebab yang memerlukan pembatalan online tiket bas adalah seperti berikut:
- Sekiranya anda menempah tiket di bas yang salah (bas untuk ke laluan lain), anda boleh membuat pembatalan online tiket bas anda dengan serta-merta.
- Sekiranya anda menempah bas pada masa yang salah dan tidak mengikut masa perjalanan yang dikehendaki, anda boleh membatalkan tiket bas anda.
- Jika rancangan perjalanan anda telah ditangguhkan ke tarikh lain, anda boleh membatalkan tiket bas anda untuk mendapatkan bayaran balik tiket bas sebanyak mungkin.
- Kadang-kala, penumpang tidak dapat sampai ke tempat menaiki bas tepat pada masanya, maka mereka perlu membuat pembatalan tiket online bas. Walau bagaimanapun, jika anda lewat hanya beberapa minit sahaja, anda masih boleh menghubungi operator bas dan meminta mereka menunggu beberapa minit. Ia bukanlah satu jaminan bahawa operator bas akan menunggu melebihi masa yang dijadualkan untuk menaiki bas, tetapi mereka boleh melanjutkan sedikit masa berpandukan beberapa situasi.
Selain sebab-sebab yang disebutkan di atas, anda juga boleh cancel bas tiket online anda jika anda mendapat tawaran yang lebih baik dari bas lain. Adalah lebih baik untuk membandingkan perkhidmatan pelbagai operator dan memilih dengan sewajarnya. Platform tiket online bas yang boleh dipercayai akan menyediakan anda dengan perkhidmatan bas yang sah dan memastikan anda selamat.
Langkah-langkah proses pembatalan online tiket bas
Pertama, pilih platform e-tiket yang sah dan memberi kelonggaran kepada pengguna dengan menawarkan kemudahan pembatalan. Secara amnya, anda boleh cancel tiket online bas melalui laman web atau aplikasi mudah alih pada platform e-tiket. Baca dasar pembatalan platform e-tiket sebelum membuat sebarang cancel tiket bas bayaran. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk pembatalan bayaran balik tiket bas.
- Log masuk dengan maklumat peribadi yang diguna di dalam platform tiket bas online.
- Setelah anda log masuk, anda kan dapat melihat sejarah tempahan.
- Cari tiket bas yang hendak dibatalkan. Anda akan dapat melihat pilihan ‘pembatalan' sekiranya bas belum lagi berlepas.
- Antara platform e-tiket memerlukan penggunanya untuk memasukkan nombor tiket atau alamat e-mel (yang digunakan semasa tempahan) untuk cancel tiket bas bayaran. Pengesahan nombor tiket akan dihantar melalui SMS/e-mel.
- Sekiranya anda membuat tempahan lebih dari satu tiket di dalam satu pembelian yang sama dari mana-mana platform e-tiket, pembatalan separuh tidak dibenarkan. Anda perlu memilih sama ada membatalkan kesemua tiket atau tidak membatalkan mana-mana tiket langsung.
Langkah di atas hanyalah langkah am proses pembatalan yang diikuti oleh kebanyakan platform e-tiket. Proses cancel tiket bas bayaran adalah berlainan antara platform tempahan bas tiket online yang lain. Ada syarikat operator yang menyediakan kemudahan pembatalan dengan hanya menghubungi talian khidmat bantuan pelanggan mereka. Platform e-tiket yang boleh dipercayai memberikan bantuan khidmat pelanggan 24*7.
Dasar Pemulangan Wang
Pemulangan wang bergantung kepada platform e-tiket operator bas tertentu. Bayaran balik tiket bas yang tinggi bergantung kepada berapa awal anda membuat pembatalan online tiket bas. Biasanya, sedikit bayaran akan dikenakan apabila pemulangan harga tiket dibuat dan pemulangan bayaran balik tiket online bas 100% tidak akan dilayan. Bayaran balik tiket bas online akan dihantar terus ke maklumat (akaun bank, e-dompet, dan sebagainya) yang digunakan untuk membayar tiket bas.
Biasanya, platform e-tiket membenarkan anda membuat pembatalan tiket online bas 24 jam sebelum bas berlepas, jadi penumpang sempat untuk mendapat bayaran balik tiket bas setelah kerusi dibatalkan. Anda digalakkan untuk merujuk kepada operator penyedia perkhidmatan berkenaan dasar pemulangan sebelum tempahan dibuat.
Sedikit bayaran akan dikenakan sebagai caj penalti untuk bayaran balik tiket online bas yang dibuat. Kebanyakan platform e-tiket mengenakan bayaran 15% dari jumlah harga tiket dan memulangkan yang selebihnya. Ianya mungkin akan mengambil masa beberapa hari bekerja untuk anda menerima wang bayaran balik tiket bas di dalam akaun.
Anda boleh menghubungi wakil platform e-tiket tersebut untuk sebarang masalah/aduan. Platform e-tiket mempunyai dasar bayaran balik yang teratur yang boleh dibaca oleh pengguna semasa proses tempahan bas online dibuat. Adalah lebih baik sekiranya anda mendapat maklumat terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membuat pembatalan tiket bas online anda. Kadang-kala dasar pemulangan wang juga berubah berpandukan operator bas tertentu keran ada operator yang mengenakan potongan yang banyak apabila yang tinggi sebagai cancel tiket bas bayaran. Ada juga tiket yang tidak boleh dikembalikan dan cancel tiket bas bayaran.
Proses tempahan tiket bas mempunyai banyak faedah, yang paling utama adalah fleksibiliti untuk membatalkan tiket pada bila-bila masa. Anda juga perlu tahu bahawa jumlah yang telah ditolak daripada jumlah kos tiket selepas menggunakan kod kupon atau sebarang diskaun lain tidak dikembalikan. Bayaran balik adalah dari jumlah peratusan yang anda bayar kepada syarikat penyedia perkhidmatan.
Pilih platform e-tiket yang boleh dipercayai dan yang membenarkan pengguna cancel tiket bas bayaran.
Jimat Sehingga 55% untuk Tempahan Tiket Bas Sempena Deepawali 2023
Jimat besar dengan tempahan ticket bas online untuk Deepawali 2023!
Nikmati diskaun sehingga 55% apabila anda menempah tiket bas pilihan anda dalam talian, dengan pelbagai laluan bas, bandar, dan pengendali di seluruh negara. Gunakan kod DEEPAVALI55 dan nikmati diskaun hingga 13 November 2023 *
*Terma & Syarat terpakai