• Rumah
  • proses penjadualan tiket bas online

Proses Penjadualan Tiket Bas Online

Cari Tiket Bas Online

Sep 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930
Sep 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930

Proses Penjadualan Tiket Bas Online

Apabila anda menempah tiket bas online di Malaysia, anda dapat menikmati pelbagai faedah yang disediakan. Antaranya adalah kemudahan penjadualan semula bas.


Penjadualan semula bas merupakan satu kemudahan yang membolehkan penumpang menjadualkan semula tiket bas, menjadikan proses tempahan bas tiket online lebih fleksibel.

Sebelum menempah bas online ticket, anda perlu memastikan bahawa penyedia perkhidmatan e-tiket anda menawarkan kemudahan penjadualan semula bas atau tidak. Kebanyakan penyedia online tiket bas memberikan pelanggan pilihan penjadualan semula tiket bas di bahagian ‘Uruskan Tempahan’.


Bagaimana cara untuk menjadualkan semula online tiket bas?

Anda boleh menjadualkan semula tiket bas online di laman web atau aplikasi mudah alih di platform e-tiket yang ditempah.


Untuk menjadualkan semula, anda perlu layari bahagian ‘Uruskan Tempahan’ dan mencari pilihan penjadualan semula bas. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikuti proses berikutnya. Secara amnya, penyedia tiket online bas memerlukan nombor tiket dan maklumat untuk dihubungi.

Sekiranya anda tidak menjumpai bahagian ‘Uruskan Tempahan’ anda boleh ke bahagian ‘Sejarah Tempahan’, ubah tarikh tiket bas kepada tarikh yang anda inginkan dari situ, dan cari pilihan untuk penjadualan semula.

Di pilihan penjadualan semula bas , anda boleh menukar tarikh perjalanan bas yang dikehendaki. Sekiranya ada tersedia bas pada tarikh tersebut, anda bolehlah menjadualkan semula perjalanan anda.


Anda dinasihatkan untuk menempah tiket online bas dengan penyedia e-tiket yang menawarkan kemudahan penjadualan semula. Baca terma dan syarat penyedia perkhidmatan terlebih dahulu sebelum menjadualkan semula tiket bas bagi mengelakkan sebarang kesulitan.


Ada sesetengah platform e-tiket yang membenarkan penumpang menukar operator bas semasa proses penjadualan semula. Anda dinasihatkan untuk tidak mengubah kepada destinasi lain ketika membuat penjadualan semula kerana ia akan dikira sebagai tiket baru. Anda hanya boleh menjadualkan semula tiket bas bagi destinasi yang sama dengan menukar tarikh dan waktu bas anda sahaja. Setelah bas dijadualkan semula, anda akan menerima pengesahan melalui e-mel/SMS.


Bilakah masa untuk menjadualkan semula perjalanan tiket bas online?


Proses Penjadualan Tiket Bas Online

Online tiket bas boleh dijadualkan semula di atas pelbagai sebab bergantung kepada permintaan penumpang. Untuk makluman, anda boleh menjadualkan semula perjalanan anda sebelum bas berlepas. Anda tidak boleh menjadualkan semula tiket sebaik sahaja bas berlepas. Permohonan pemulangan wang juga tidak dibenarkan sekiranya anda terlepas bas. Oleh itu, anda disarankan untuk menyelesaikan proses penjadualan semula bas sebelum perjalanan bermula. Sekiranya anda tidak mahu menaiki bas, anda boleh membatalkan tiket online bas anda. Penjadualan semula dan pembatalan adalah dua perkara berbeza yang disediakan oleh penyedia online tiket bas.


Berikut merupakan beberapa sebab untuk penjadualan semula online tiket bas:

  • Sekiranya terdapat perubahan rancangan kerana situasi yang tidak dapat dielakkan.
  • Sekiranya mendapat tawaran yang lebih baik (harga bas lebih rendah) dengan penjadualan semula perjalanan anda, dapat menjimatkan wang.
  • Sekiranya anda ingin menukar tempat duduk.
  • Sekiranya jumlah penumpang yang bersama anda bertambah atas beberapa sebab, dan tiada tempat duduk berdekatan yang kosong. Anda boleh menjadualkan semula perjalanan anda pada waktu yang lain di mana anda dan rakan anda dapat memilih tempat duduk yang berdekatan.
  • Sekiranya anda ingin menukar tempat naik/ turun di laluan yang sama pada tarikh perjalanan bas anda.

Proses Pembayaran

Harga tiket bas berbeza-beza setiap hari. Ada kalanya harga menjadi lebih tinggi, dan ada kala juga harganya lebih rendah. Apabila anda menjadualkan semula bas tiket online di Malaysia, anda perlu membayar harga perbezaan tiket, atau anda boleh mendapat manfaat darinya. Ia bergantung pada bas dan tarikh yang anda ingin jadualkan perjalanan anda semula.

Semasa proses penjadualan semula bas online, anda boleh membayar perbezaan harga tambang setelah memilih bas menggunakan kaedah pembayaran yang ada. Sekiranya jumlah kos selepas penjadualan semula lebih rendah, maka anda akan menerima pulangan wang di dalam akaun yang anda gunakan untuk membayar tiket pada kali pertama.

Pilih penyedia bas tiket online yang menawarkan platform pembayaran yang selamat. Platform e-tiket yang sah menggunakan teknik SSL (Secure Sockets Layer) untuk menjamin keselamatan proses pembayaran.

Memilih platform e-tiket yang sah merupakan langkah bijak bagi melancarkan pengembalian wang tanpa kerumitan. Platform e-tiket yang efisien tidak akan mengenakan caj tambahan dalam proses penjadualan semula bas.

Pilihan terbalik adalah dengan membeli tiket bas online di Malaysia dari penyedia e-tiket yang menawarkan kemudahan penjadualan semula bas. Juga, hemat hingga 50% di untuk tiket bas online dengan diskon menarik dan penawaran cashback kami.Sekiranya anda menghadapi masalah semasa proses penjadualan semula, anda harus menghubungi bahagian khidmat pelanggan dari platform e-tiket. Sebaiknya, anda perlu terlebih dahulu membaca polisi penjadualan semula bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Soalan Lazim

Adakah caj tambahan akan dikenakan ketika membuat penjadualan semula tiket bas online?
Caj tambahan mungkin akan dikenakan bergantung pada tarikh yang anda jadualkan semula perjalanan anda. Sekiranya harga tiket yang dijadualkan semula lebih tinggi, anda perlu membayar jumlah selebihnya. Kadang-kadang, jumlah harga yang dijadualkan semula lebih rendah, dan caj tambahan akan dikembalikan. Operator bas yang sah tidak akan mengenakan caj tambahan untuk menyediakan kemudahan ini.
Bagaimana cara untuk saya mendapatkan pulangan wang sekiranya harga tiket bas online yang dijadualkan lebih rendah daripada harga asal?
Jika terdapat perbezaan harga tiket bas online setelah membuat penjadualan semula lebih rendah daripada sebelumnya, wang lebih akan dipulangkan ke akaun asal/e-wallet yang anda gunakan untuk menempah tiket. Sekiranya anda mempunyai permintaan khas mengenai jumlah pulangan wang, anda perlu menghubungi bahagian khidmat pelanggan penyedia perkhidmatan bas anda.
Apakah faktor-faktor biasa penjadualan semula tiket bas online?
Terdapat pelbagai sebab mengapa penumpang menjadualkan semula tiket bas online, antaranya adalah perubahan rancangan, tawaran yang lebih baik, tempat duduk yang lebih baik, dan sebagainya.
Maklumat apakah yang perlu saya berikan untuk menjadualkan semula tiket bas online saya?
Untuk menjadualkan semula tiket bas online, anda perlu memberikan nombor tiket, maklumat yang boleh dihubungi, tarikh perjalanan, tarikh perjalanan pilihan, dan lain-lain.