• Rumah
  • terminal bas popular malaysia

Terminal Bas Popular di Malaysia

Cari Tiket Bas Online

Sep 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930
Sep 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930

Terminal Bas Popular di Malaysia

Bas merupakan satu bentuk pengangkutan yang popular di Malaysia. Ramai penumpang termasuk pelancong, gemar menaiki bas untuk melawat di dalam negara berbanding dengan pengangkutan lain. Untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua, beberapa stesen bas telah dibina di kawasan yang berbeza. Terminal bas ini mempunyai kemudahan canggih, ruang rehat, mesin ATM, restoran dan pelbagai lagi.

Terminal Bas Popular di Malaysia


Terminal Bas Popular di Malaysia

Antara terminal bas terkenal di Malaysia adalah -

Terminal bas Johor Bahru atau terminal Larkin JB terletak di Johor Bahru, Johor. Ia merupakan terminal paling besar di kawasan ini dan bas-bas yang melalui jalan ini membawa penumpang ke pelbagai bandar dan pekan di Malaysia. Terminal berbentuk T ini mempunyai lebih dari 50 buah tempat lot persinggahan dan mempunyai tiga tingkat. Stesen bas ini merupakan pusat untuk bas yang ingin ke Singapura, Semenanjung Malaysia, dan Thailand. Kemudahan yang disediakan di sini termasuk tempat makan, tempat membeli belah, bilik air, tempat solat, mesin ATM dan sebagainya.

  • Terminal Bersepadu Selatan

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) merupakan salah sat u stesen bas yang paling popular di Kuala Lumpur. Ia terletak di Bandar Tasik Selatan dan merupakan lokasi tumpuan untuk semua bas yang bergerak ke arah selatan. Terminal ini mempunyai lebih daripada 60 hentian lot persinggahan bas dan tempat letak kereta yang banyak. Di TBS, terdapat kiosk maklumat, kaunter tiket, ATM, ruang simpanan bagasi, kawasan menunggu, dan lain-lain lagi. Di sini juga terdapat pelbagai kedai untuk membeli-belah dan kedai untuk menjamu selera yang boleh dipilih di dalam terminal ini.

  • Melaka Sentral

Melaka Sentral merupakan sal ah satu terminal bas terbesar di Bandaraya Melaka. Terminal ini dibuka pada tahun 2004 dan terletak di antara Jalan Panglima Awang dan Lebuh AMJ. Ia menyerupai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kawasannya besar dan menempatkan lot persinggahan bas yang banyak, kedai barangan, kedai makanan, lot persinggahan teksi, dan sebagainya. Anda boleh menaiki bas lintas negeri dan bas tempatan di sini, dan untuk memudahkan penumpang, semua maklumat penting dipaparkan pada skrin. Anda tidak perlu ke mana-mana sekiranya anda menempah online tiket bas .

  • Sungai Nibong

Sungai Nibong terletak di Pulau Pinang, Malaysia, dan merupakan bas terminal utama untuk bas lintas negeri. Ia mengendalikan laluan bas Rapid Penang dan merupakan tempat perhentian bagi bas yang tiba dari Semenanjung Malaysia, Singapura, atau Thailand. Kemudahan yang disediakan termasuk ruang menunggu, mesin ATM, bilik mandi, kaunter tiket, ruang rehat VIP, ruang makan dan sebagainya. Ia terletak berhampiran dengan lapangan terbang, memudahkan mereka yang melancong dengan kapal terbang.

  • Pudu Sentral Puduraya

Pudu Sentral Puduraya ad alah stesen bas utama untuk bas di Kuala Lumpur dan terletak di Jalan Pudu, berhampiran Jalan Petaling. Ia adalah salah satu stesen bas yang paling mewah di negara ini dan banyak kemudahan yang disediakan di sini. Terdapat tempat penyimpanan bagasi, mesin ATM, ruang menunggu, ruang makan, kedai serbaneka, kaunter tiket, dan bermacam lagi. Penumpang boleh mendapatkan pelbagai maklumat penting yang berkaitan dengan bas mereka pada skrin informasi yang disediakan.

  • Kuantan Sentral

Kuantan Sentral adalah terminal bas yang popular di Kuantan, Pahang. Ia terletak di Bandar Indera Mahkota dan merupakan terminal bas terbesar di Pantai Timur. Ia mempunyai kira-kira 40 lot persinggahan bas dan pelbagai platform di dua-dua tingkat bangunan. Kemudahan di Kuantan Sentral termasuk CCTV, kaunter tiket, Surau, kedai serbaneka, gerai makanan, kawasan menunggu berhawa dingin, mesin ATM dan sebagainya.

  • Ipoh Amanjaya

Ipoh Amanjaya yang terleta k di bandar Ipoh, Perak, adalah sebuah terminal bas yang terhubung baik dengan pelbagai destinasi dan terminal basnya yang besar. Banyak bas berlepas dari dan tiba di stesen ini, disediakan untuk kemudahan orang ramai yang melancong. Ia berhawa dingin sepenuhnya dan mempunyai banyak kemudahan seperti ruang menunggu, ATM, Wifi, tempat letak kereta, bilik mandi, kedai dan sebagainya.

Terdapat banyak terminal bas lain di Malaysia untuk membolehkan anda menaiki bas. Walaupun anda boleh membeli tiket dari kaunter tiket bas di terminal bas, ianya lebih mudah untuk menempah tiket bas online. Apabila anda menempah online tiket bas, anda boleh mencetak PNR atau menggunakan e-tiket anda untuk menaiki bas. Terminal bas ini selamat kerana ia adalah kawasan yang sibuk dan sentiasa disanitasi.

Soalan Lazim

Bolehkah saya memilih terminal bas tertentu sebagai tempat menaiki bas/ketibaan apabila saya menempah tiket bas online?
Ya, anda boleh memilih stesen bas tertentu sebagai tempat untuk menaiki bas/ketibaan apabila anda menempah online tiket bas anda.
Adakah saya perlu mencetak tiket bas online saya untuk menaiki bas dari TBS?
Tidak, anda tidak perlu mencetak bas tiket online anda untuk menaiki bas dari TBS, tetapi pastikan anda mempunyai e-tiket di dalam telefon anda.