• Rumah
  • syarikat bas popular di malaysia

Syarikat Bas Popular di Malaysia

Cari Tiket Bas Online

Sep 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930
Sep 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930

Syarikat Bas Popular di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang indah dan ramai pengunjung dari serata negara datang melawat ke negara ini. Malaysia mempunyai rangkaian laluan jalan raya yang terhubung baik, dan bas pula adalah sejenis pengangkutan yang popular. Pengunjung tempatan dan juga dari luar negara memilih untuk menaiki bas di dalam Malaysia kerana ianya mudah didapati dan harga tambang pula berpatutan. Anda akan mendapati bahawa lebih dari seratus jenis bas yang berkhidmat mementingkan keselesaan penumpangnya. Sesetengah syarikat bas lebih popular dari sesetengah bas lain. Operator ini memiliki jadual perjalanan, tambang, kemudahan tersendiri. Anda boleh menempah ticket bas online untuk syarikat bas popular hanya dengan beberapa klik sahaja. Juga, hemat hingga 50% di untuk tiket bas online dengan diskon menarik dan penawaran cashback kami.


Syarikat Bas Terkemuka di Malaysia


Syarikat Bas Popular di Malaysia

Transnasional merupakan salah satu syarikat bas paling popular di Malaysia. Mempunyai sebanyak 1500 buah bas untuk laluan sebanyak 250 laluan, operator bas ini terkenal kerana menyediakan perkhidmatan yang mempunyai nilai berbanding harga tambangnya. Transnasional menawarkan pelbagai jenis bas seperti eksekutif, perniagaan, bas standard, dan pelbagai lagi. Bas-bas ini menepati masa dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada penumpang seperti wifi, penyejuk udara, tempat duduk yang selesa dengan ruang kaki yang mencukupi, penjejak GPS, lampu membaca, soket pengecas, dan sebagainya. Beberapa laluan popular bas ini ialah Melaka ke Ipoh, Kuala Terengganu ke Terminal Kuantan Sentral, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Kuala Perlis, dan banyak lagi. Anda boleh membeli tiket online bas untuk bas ini dengan mudah.


Starmart Express ialah operator bas popular yang kerap membawa penumpang bas ke Kuala Lumpur, Singapura, Melaka, Pulau Pinang, dan sebagainya. Ibu pejabat syarikat bas ini adalah di Taiping, Perak. Ia mempunyai banyak jenis bas seperti koc Super VIP berhawa dingin, Koc Ekonomi, dan Koc Seater. Bas-bas Starmart menawarkan pelbagai kemudahan seperti lampu bacaan, penyaman udara, tempat duduk boleh laras dengan kawasan letak kaki yang luas, tempat mengecas, botol air, kawasan menyimpan bagasi dan bermacam-macam lagi.


Sri Maju Express adalah salah satu syarikat bas terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 500 laluan. Beribu pejabat di Ipoh, operator bas ini terkenal dengan ketepatan masa dan kemudahan yang disediakannya. Beberapa destinasi popular yang dilalui oleh bas Sri Maju ialah Kuala Lumpur, Kangar, Seremban, Alor Setar, Shah Alam, Changloon, Jitra, dan sebagainya. Jenis bas yang ditawarkan oleh Sri Maju Express termasuk bas SVIP, Standard, Ekonomi dan bas Seater. Apabila anda ingin membuat tempahan tiket bas online Sri Maju, anda boleh melihat harga tambang bas, jadual pergerakan, dan kemudahan yang ditawarkan.


Syarikat bas Mayang Sari Express adalah antara syarikat bas tertua di Malaysia. Ia bermula di Muar pada tahun 1993 dan kini ia mempunyai lebih daripada seratus bas. Ia mula beroperasi dengan laluan Muar-Johor Bahru-Kota Tinggi. Kini, antara laluan popular yang diliputi oleh operator ini ialah Pontian ke Muar, Kuala Lumpur ke Batu Pahat, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Muar ke Johor Bahru, Melaka ke Klang, dan sebagainya. Mayang Sari menawarkan bas SVIP, Standard dan Ekonomi dengan pelbagai kemudahan di dalam basnya. Kemudahan yang disediakan termasuklah penghawa dingin, lampu membaca, tempat mengecas, tempat duduk boleh laras yang selesa, CCTV, TV utama dan lain-lain lagi.


Plusliner, yang juga dikenali sebagai Raja Lebuhraya Ekspres, adalah sebuah syarikat bas yang dipercayai dan terkenal di Malaysia. Ia menawarkan bas Xtreme, Standard, Seater, dan Ekonomi untuk memenuhi keperluan pelancong yang berbeza. Bas Plusliner menghubungkan lebuh raya utama negara, dan ia berlepas setiap 20 minit. Kenderaan ini mempunyai pelbagai kemudahan di dalam basnya, antara lainnya termasuk penghawa dingin, wifi, lampu membaca.


KKKL Express mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun di dalam industri pengangkutan awam. Ia merupakan syarikat bas yang popular dengan lebih seratus buah bas ke pelbagai laluan. Antara beberapa laluan tersebut adalah Kota Bharu ke Melaka, Terminal Bas Muar ke Terminal Bas Larkin JB, Kota Bharu ke Kuantan, Pulau Pinang ke Melaka Sentral, dan beberapa lagi. KKKL Express menyediakan bas jenis Koc Super VIP Berhawa Dingin, Bas Ekpres Setingkat Dek Tinggi, Koc Eksekutif Dua-tingkat, antara jenis Koc LCD Kelas Pertama Edisi 18-tempat duduk.


Perdana Express adalah antara syarikat bas popular di Malaysia yang beribu pejabat di Kelantan. Bas-bas ini terkenal dengan keselesaan dan kemudahan yang terbaik. Ramai orang menempah tiket bas Perdana Express kerana ia membawa penumpang ke pelbagai laluan di Malaysia. Antara beberapa laluan ini ialah - Terminal Bersepadu Selatan ke Depan Masjid Ketereh, Kulim ke Kuala Besut, Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Jerteh ke Terminal Bas Segamat, Pulai Chondong ke Penang Sentral. Anda juga boleh pergi ke pelbagai destinasi keagamaan di Malaysia dengan bas-bas ini. Untuk menempah tiket bas Perdana Express, anda boleh membeli online tiket bas, di mana anda boleh menikmati pelbagai tawaran dan potongan.


  • Aeroline

Aeroline ialah sebuah syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan di Malaysia dan juga Singapura. Ia terkenal sebagai syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas terbaik pada harga tambang yang berpatutan. Bandar-bandar terkemuka yang dilalui oleh bas Aeroline termasuk Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan lain-lain lagi. Laluan utama bas ini termasuk Johor Bahru ke Kuala Lumpur, Bandar Utama ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Pulau Pinang ke Bandar Utama.

Selain dari bas operator yang disebutkan ini, terdapat banyak lagi operator bas lain di Malaysia. Apabila anda menempah tiket bas untuk bas di Malaysia, anda boleh membandingkan pelbagai bas berbeza yang ditawarkan oleh operator bas. Anda boleh membandingkan bas ini berpandukan harga tambang, kemudahan, tempoh perjalanan, jadual pergerakan, dan lain-lain faktor, dan anda perlu memilih bas yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Bas bukanlah satu-satunya bentuk pengangkutan yang popular di negara ini tetapi ianya merupakan pilihan paling selamat. Sepanjang pandemik koronavirus, semua operator mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan menyah-kuman bas mereka dengan kerap untuk menyediakan persekitaran perjalanan yang selamat kepada penumpang.

Jimat Sehingga 55% untuk Tempahan Tiket Bas Sempena Deepawali 2023 

Jimat besar dengan tempahan ticket bas online untuk Deepawali 2023! Nikmati diskaun sehingga 55% apabila anda menempah tiket bas pilihan anda online, dengan pelbagai laluan bas, bandar, dan pengendali di seluruh negara. Gunakan kod DEEPAVALI55 dan nikmati diskaun hingga 13 November 2023 *

*Terma & Syarat terpakai

Soalan Lazim

Bolehkah saya menempah tiket bas Transnasional secara online?
Sudah tentu, anda boleh menempah tiket bas online untuk bas Transnasional. Sebelum anda membeli tiket bas online, pastikan anda menggunakan platform e-tiket yang mempunyai reputasi baik dan boleh dipercayai.
Bolehkah saya melihat jadual bas untuk operator bas di Malaysia secara online?
Ya, anda boleh melihat jadual bas untuk operator bas di Malaysia online. Platform e-tiket bas yang popular akan menyediakan maklumat mengenai jadual bas kepada pengguna mereka untuk memudahkan proses tempahan bas dalam talian.