Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia
Malaysia merupakan salah satu negara yang terindah di Asia Tenggara. Ia dikelilingi dengan perairan seluruh negara dan mempunyai pelbagai tarikan menarik yang menjadikannya popular di seluruh dunia. Ramai orang berkunjung ke Malaysia untuk melancong. Sejak tahun 2020, oleh sebab penyebaran coronavirus, PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan. MCO menyekat pergerakan barang dan orang ramai untuk mengelakkan penyebaran Covid-19. Pada waktu ini, MCO 3.0 akan terus berkuat kuasa di Malaysia sehingga kes harian kurang daripada 4000 kes.
Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia
PKP di Malaysia mula dikuatkuasakan setelah wabak Covid-19 melanda negara ini. Pelaksanaan perintah ini bertujuan untuk mencegah penyebaran virus dan melindungi orang ramai. Pada mulanya PKP dilaksanakan pada awal tahun 2020. Selepas pengurangan kes-kes, PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) diperkenalkan. Pada tahun 2021, disebabkan peningkatan kes yang mendadak sejak bulan Mei, PKP dilaksanakan semula. Perintah terbaharu ini dikenali sebagai PKP 3.0, dan masih berkuatkuasa. Tambahan pula, beberapa kawasan di negeri-negeri tertentu telah diletakkan bawah PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan).
Garis Panduan Covid-19 PKP 3.0
Terdapat beberapa garis panduan yang untuk PKP 3.0 yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. SOP/garis panduan ini lebih kurang sama dengan SOP/garis panduan yang dikeluarkan untuk PKP pertama pada awal tahun 2020.
Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah mewujudkan beberapa kekangan. Kerajaan Malaysia kini sangat berwaspada dalam memantau pergerakan orang ramai di seluruh negara.
Garis panduan semasa yang harus dipatuhi oleh rakyat adalah:
- Perhimpunan dan pergerakan beramai-ramaian dilarang di seluruh negara. Segala aktiviti keagamaan, kebudayaan, sosial, dan lain-lain dilarang di negara ini.
- Setiap orang hanya dibenarkan bergerak sejauh 10 km dari rumah mereka, dan hanya dua orang daripada seisi rumah boleh keluar untuk membeli barang-barang keperluan. Senaman secara individu seperti berjoging dibenarkan.
- Semua rumah ibadat seperti, kuil, tokong, masjid, dll., ditutup.
- Semua premis perniagaan ditutup.
- Kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan keperluan asas seperti kedai runcit, pasar raya, dan lain-lain, akan terus dibuka untuk kemudahan semua.
- Solat Jumaat di Masjid dan mesyuarat Muzakarah Khas juga dilarang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.
- Warganegara yang pulang dari negara asing harus menjalani pemeriksaan kesihatan dan mematuhi ketat kuarantin institusi dan kuarantin kendiri selama 14 hari.
- Sekatan kemasukan pelancong dari negara lain.
- Penutupan pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah mesti dipatuhi dengan ketat oleh semua warganegara dan penduduk negara ini. Selain itu, semua universiti dan kolej ditutup untuk keselamatan para pelajar.
- Semua institut latihan mesti ditutup.
- Kerajaan Malaysia telah membenarkan 17 sektor untuk meneruskan operasi.
- Restoran tidak boleh membenarkan pelanggan makan dalam premis, namun boleh dibuka untuk pesanan ‘take-away’ dan penghantaran ke rumah.
- Pengangkutan darat, udara, dan laut dibenarkan pada kapasiti dan kekerapan yang terhad.
Anda boleh mendapatkan kemas kini semasa dan garis panduan terperinci di laman-laman web rasmi kerajaan.
Garis Panduan Covid-19 untuk Perjalanan Bas
Terdapat beberapa sekatan perjalanan dalam negara. Perjalanan merentas negeri dan bandar tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, bas tetap beroperasi untuk penumpang tempatan yang memerlukan perkhidmatan kecemasan. Selain itu, perjalanan yang bersyarat antara dua bandar dibenarkan bergantung kepada tujuan perjalanan. Sekiranya anda perlu membuat perjalanan atas sebab yang tertentu, anda mesti mendapatkan kebenaran untuk perihal yang sama. Lebih selamat membeli tiket bas online kerana anda tidak perlu berdiri dalam barisan.
Jika anda memilih untuk membuat tempahan bas online, pastikan anda sentiasa mengikut garis panduan perjalanan berikut:
- Sebuah bas tidak boleh mengangkut penumpang lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
- Perjalanan merentas daerah tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, kebenaran khas boleh diperolehi bergantung kepada situasi.
- Amat penting untuk sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial 1 meter daripada orang lain.
- Pengendali bas akan meletak pelekat pada tempat duduk untuk mengamalkan penjarakkan sosial. Pastikan anda mematuhi sistem ini.
- Bas-bas akan dibersihkan selepas setiap perjalanan untuk mencegah penyebaran virus.
- Bas-bas juga akan menyediakan pembersih tangan (hand sanitiser) untuk kemudahan dan keselamatan para penumpang.
- Semua penumpang mesti memakai pelitup muka sepanjang masa.