• Rumah
  • tiket bas ekspres online di malaysia

Tiket Bas Ekspres Online di Malaysia

Cari Tiket Bas Online

Sep 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930
Sep 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930

Tiket Bas Ekspres Online di Malaysia

Bas Ekspres di Malaysia adalah sejenis bas yang dapat menjimatkan masa kerana boleh sampai dari destinasi ke destinasi dalam masa yang cepat. Bas-bas ini dipandu pada lebuhraya dan lebuhraya ekspres untuk perkhidmatan pengangkutan yang pantas. Pada kebiasaannya, bas Ekspres tidak membuat hentian di perhentian bas tempatan dan akan meneruskan perjalanan dari tempat pelepasan terus ke destinasi.

Anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan atas bas-bas Ekspres untuk memastikan perjalanan yang selesa. Anda boleh membeli tiket bus online dengan syarikat bas ekspres di Malaysia, menggunakan platform tempahan bas online yang boleh dipercayai.

Penyedia Perkhidmatan Bas Ekspres yang Popular di Malaysia

Bas ekspres boleh dite mpah dengan banyak pengendali bas di Malaysia. Antara pengendali bas yang popular adalah-


Bas Ekspres di Malaysia

  • KKKL Express

KKKL Express terkenal ke rana menyediakan bas-bas ekspres terbaik di Malaysia untuk pelbagai laluan domestik. Ia merupakan pengendali bas Malaysia yang terkemuka dengan pengalaman hampir 30 tahun. KKKL Express menyediakan perkhidmatan bas ekspres untuk pelbagai laluan di Malaysia seperti Kota Bharu ke Melaka, Muar ke Taiping, Melaka ke Johor Bahru, Segamat ke Kota Bharu, dan banyak lagi. Ibu pejabat KKKL Express terletak di Kuala Lumpur dan mereka memiliki banyak bas dan menyediakan perkhidmatan bas yang kerap ke pelbagai bandar di Malaysia.

  • Causeway Link Express

Beribu pejabat di Johor Bahru, Causeway Link telah muncul sebagai salah satu syarikat transit bas terbesar di Singapura dan Malaysia. Causeway Link menawarkan perkhidmatan bas tanpa henti ke banyak lokasi. Anda boleh menempah ticket bas online untuk bas rentas sempadan, awam, carter, ulang-alik lapangan terbang, ekspres, bandar dan bas santai

  • Sani Express

Sani Express Sdn Bhd ialah anak syarikat Sani United Berhad yang ditubuhkan pada 2006. Syarikat ini memulakan operasinya dengan 7 bas satu tingkat yang memberi perkhidmatan kepada Kuala Terengganu. Mereka kini telah berkembang ke pelbagai bandar seperti Alor Setar, Butterworth, Changloon, Kangar, Kuala Perlis, Jitra, dan Sungai Petani.

  • Mayang Sari Express

Mayang Sari Express antara salah satu pengendali bas yang paling diiktiraf tinggi di Malaysia. Ia menyediakan bas-bas ekspres untuk beberapa laluan seperti Pontian ke Muar, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Melaka ke Klang, Muar ke Johor Bahru, dan lain-lain. Mayang Sari telah menyediakan perkhidmatan bas ekspres di negara ini sejak tahun 1993. Oleh sebab ia memiliki lebih daripada 100 bas, Mayang Sari Express dapat beroperasi setiap hari pada pelbagai laluan.

  • Super Nice Express

Supernice Express aka Super Nice Express, yang juga dikenali sebagai Comfort Super Nice Express, adalah pengendali bas terkemuka Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1980 dan diurus oleh Encik Chew Suu Khoon. Ia menonjol dengan laluan jarak jauh ke Singapura dan Johor Bahru. Beribu pejabat di Butterworth, Pulau Pinang, dengan cawangan di bandar yang sama dan Sungai Petani, syarikat ini mengutamakan keselamatan dan kepuasan penumpang. Penyelenggaraan bas secara berkala memastikan kebolehpercayaan, dan redBus Malaysia menawarkan tambang berpatutan dan diskaun. Super Nice Express meliputi pelbagai bandar dan terminal, termasuk Ipoh, Melaka, Kuala Lumpur, Muar, Seremban, Genting Highlands, dan Pulau Pinang, sambil menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang cemerlang.

  • StarMart Express

Ditubuhkan pada tahun 1989, StarMart adalah antara penyedia bas ekspres yang terbaik di Malaysia. Perkhidmatan mereka cukup mengagumkan dengan liputan antarabangsa, serta menyediakan perkhidmatan bas menuju ke, dan dari Singapura. StarMart Express meliputi banyak laluan harian seperti Simpang ke Changlun, Kajang ke Kuala Kangsar, Langkap ke Singapura, Pasir Gudang ke Ipoh, dan lain-lain. Syarikat perkhidmatan bas ekspres ini mempunyai staf yang dilatih dengan baik untuk memastikan penumpang dapat menikmati perjalanan yang selesa.

  • Transtar Travel

Berdaftar sebagai Transtar Travel Pte Ltd, yang menawarkan perkhidmatan tempatan, Transtar Travel ialah syarikat bas yang popular di Malaysia dan Singapura. Perkhidmatan rentas sempadan mereka dikendalikan di bawah nama Transtar Cross Border. Khusus dalam bas bas, Transtar Travel, kini merupakan salah satu syarikat bas terkemuka yang beroperasi antara Singapura dan Malaysia.

  • Perdana Express

Perdana Express adalah sebuah lagi pengendali bas popular di Malaysia yang terkenal dengan bas-bas yang menepati masa. Perdana Express membuat perjalanan setiap hari pada pelbagai laluan seperti Pasir Puteh ke Muar, Kulim ke Kuala Besut, Changlun ke Kok Lanas, dan sebagainya. Selain membuat perjalanan ke pusat-pusat bandar utama, Perdana Express juga menyediakan perkhidmatan bas ke daerah-daerah yang kurang dikenali di Malaysia. Mereka mempunyai bas-bas ekonomi, double-decker, dan double-decker SVIP.

Syarikat-syarikat bas ekspres yang telah disebutkan hanya segelintir daripada banyak lagi syarikat bas ekspres lain yang terdapat di Malaysia seperti Star Shuttle Express, Yoyo Bus, City Express, Billion Stars Express, Delima Express, Bas Asia ,KPB Express, Pancaran Matahari, Quickliner Express, KPB Express, GJG Express, dan lain-lain. Apabila membuat tempahan ekspres ticket bas , anda boleh membandingkan pelbagai bas yang ada untuk memilih bas yang menepati kesesuaian anda.

Laluan Popular di Malaysia untuk Tempahan Ticket Bas Online

Beberapa laluan bas popular untuk menempah tiket bas online di Malaysia termasuk -

Terminal Bas Popular di Malaysia

Beberapa syarikat bas berlepas dari terminal ini. Beberapa terminal bas popular di Malaysia yang bertindak sebagai tempat mengambil dan menghantar untuk beberapa laluan di seluruh Malaysia adalah:

Kenapa tempah tiket bas ekspres secara online?

Terdapat pelbagai kelebihan membuat tempahan tiket bas online. Tempahan bas ekspres secara online boleh membantu anda membandingkan harga dan kemudahan yang ditawarkan oleh pengendali-pengendali berbeza. Anda juga boleh lihat ‘ratings/reviews’ pelbagai syarikat bas ekspres di platform online dipercayai untuk mengetahui kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Proses menempah bas secara online akan membantu anda membuat pra-tempahan untuk merancang perjalanan anda dengan lebih baik. Pilihlah platform e-tiket yang tidak mengenakan caj tambahan orang tengah pada harga tiket bas ekspres. 

Anda tidak perlu ke kaunter tiket kerana boleh menempah bas ekspres secara online pada bila masa, dan dari mana sahaja. Bas-bas ekspres paling sesuai untuk membuat perjalanan di Malaysia kerana suasana yang selamat sepanjang perjalanan. Semua bas-bas beroperasi selaras dengan standard keselamatan jalanraya, serta direka menggunakan teknik-teknik keselamatan terkini.

Soalan Lazim

Adakah bas ekspres lebih laju daripada bas biasa?
Ya, bas-bas ekspres boleh membantu anda sampai ke destinasi dalam masa yang lebih singkat. Bas-bas ini kurang membuat hentian rehat dan menggunakan lebuhraya-lebuhraya untuk perjalanan yang lebih cepat.
Apakah susun atur tempat duduk untuk bas-bas ekspres di Malaysia?
Untuk bas-bas ekspres jenis seater, susun atur tempat duduk adalah 2+2 atau 2+3.
Apakah jenis-jenis bas ekspres yang beroperasi di Malaysia?
Terdapat pelbagai jenis bas ekspres yang beroperasi di Malaysia seperti SVIP, double-decker, VIP, standard, eksekutif, dan lain-lain.
Berapakah tambang tiket bas ekspres di Malaysia?
Harga tiket-tiket bas ekspres di Malaysia bergantung kepada jarak laluan, jenis bas, kemudahan-kemudahan, pengendali bas, dan faktor-faktor lain.
Adakah bas-bas ekspres di Malaysia selamat untuk dinaiki?
Ya, bas-bas ekspres di Malaysia direka selaras dengan piawaian keselamatan terkini, menjadikannya selamat untuk dinaiki.