• Rumah
  • klia bas tiket online

Tiket Bas Online untuk Bas Menuju ke KLIA, dan Dari KLIA

Cari Tiket Bas Online

Nov 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930
Nov 2024
MonTueWedThuFriSatSun
123456789101112131415161718192021222324252627282930

Tiket Bas Online untuk Bas Menuju ke KLIA, dan Dari KLIA

Pengenalan

KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) adalah antara lapangan terbang yang paling sibuk di Malaysia, dan merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di negara ini. Terletak 45 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, KLIA mempunyai banyak perkhidmatan pengangkutan. Ramai orang lebih gemar menaiki bas ke KLIA1 atau KLIA 2, jika dibandingkan dengan kaedah pengangkutan yang lain.

Perkhidmatan bas yang kerap sedia ada sepanjang hari untuk perjalanan ke/dari KLIA. Anda boleh menempah bas tiket online ke KLIA2, supaya dapat menaiki pesawat penerbangan anda mengikut waktu yang ditetapkan. Anda boleh menjimatkan hemat hingga 50% di Online Tiket Bas dengan pulangan tunai dan tawaran diskaun kami.

Laluan-Laluan Bas ke KLIA

Terdapat perkhidmatan bas yang kerap membuat perjalanan menuju ke KLIA dari pelbagai lokasi di Malaysia. Anda boleh turun bas di Terminal 1 atau Terminal 2 KLIA mengikut kesenangan anda. Antara laluan bas utama ke KLIA adalah:

  • KL Sentral ke KLIA: Banyak pengendal i bas menyediakan bas-bas dari KL Sentral ke KLIA1 dan KLIA2. Bas pertama dari KL Sentral ke terminal bas KLIA berlepas pada 12 tengah malam, manakala bas terakhir berlepas pada pukul 11.30 malam. Bas-bas KL Sentral ke KLIA dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, port mengecas, kompartmen bagasi dan sebagainya.
  • Johor Bahru ke KLIA2: Anda boleh menempah tiket bas online untuk perjalanan dari Johor Bahru ke KLIA2 dengan mudah. Bas pertama menuju ke KLIA2 berlepas dari Johor Bahru sekitar pukul 1 pagi. Yoyo Express dan Starmart Express adalah pengendali bas popular untuk laluan ini.
  • Pudu Sentral ke KLIA: Bas shuttle ke KLIA dari Pudu Sentral akan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk membuat laluan ini. Anda boleh menempah bas ke KLIA dari Pudu Sentral secara online.
  • TBS ke KLIA2: Terminal Bersepadu Selatan (TBS) adalah antara terminal bas yang paling popular di Kuala Lumpur. Ada beberapa pengendali bas yang menyediakan bas ke KLIA2 dari TBS pada harga-harga berpatutan.

Tiket Bas Online untuk Bas Menuju ke Klia, dan Dari Klia


Laluan-Laluan Bas dari KLIA

Berikut adalah beberapa laluan bas utama dari KLIA:

  • KLIA ke Kuala Lumpur: Bas pertama dari KLIA ke Kuala Lumpur berlepas pada 12 tengah malam, manakala bas terakhir berlepas pada pukul 11.45 malam. Terdapat banyak bas selepas bas pertama, dan sebelum bas terakhir berlepas dari KLIA ke Kuala Lumpur. Laluan bas ini mengambil masa satu jam.
  • KLIA ke Johor Bahru: KLIA ke Johor Bahru adalah laluan bas popular dengan jarak perjalanan 321 KM. Bas pertama pada laluan ini berlepas pada pukul 1.10 pagi, manakala bas terakhir berlepas pada 11.59 malam setiap hari. Anda boleh melihat jadual bas, dan membuat tempat tiket bas KLIA di platform online yang boleh dipercayai.
  • KLIA ke Melaka - Bas pertama dari KLIA ke Melaka berlepas pada pukul 12.15 pagi, manakala bas terakhir berlepas pada pukul 11.45 malam. Jarak perjalanan laluan ini adalah 136 KM dan mengambil masa kurang daripada tiga jam jika menaiki bas pada laluan ini.
  • KLIA ke Bukit Bintang - Bas yang kerap berjalan terdapat dari terminal bas KLIA ke Bukit Bintang sepanjang hari. Bas-bas KLIA ke Bukit Bintang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk kesenangan para penumpang. Anda boleh menempah tiket bas shuttle secara online di platform e-tiket tanpa perlu ke kaunter tempahan.
  • KLIA ke KL Sentral - Bas dari KLIA ke KL Sentral mempunyai masa perjalanan selama 1 jam 15 minit. Daripada 60 bas harian dari lapangan terbang ke Kuala Lumpur hanya 18 bas mempunyai KL Sentral sebagai tempat menurunkan.

Pengendali bas yang menyediakan tiket bas online ke/dari KLIA

Terdapat banyak pengendali bas yang menyediakan bas ke/dari KLIA dari/ke pelbagai bandar di Malaysia. Antara pengendali bas utama yang menyediakan perkhidmatan bas ke/dari KLIA adalah -

Anda boleh menempah tiket bas online daripada mana-mana pengendali tersebut pada harga yang sangat berbaloi di halaman online tempahan bas. Terdapat banyak platform e-tiket, jadi pastikan anda memilih platform yang boleh dipercayai.

Kenapa tempah tiket bas ke/dari KLIA secara online?

Menempah tiket bas ke/dari KLIA secara online mempunyai banyak kelebihan seperti -

  • Tempahan bas online akan membantu anda membuat perbandingan harga tambang bas KLIA daripada pelbagai pengendali bas.
  • Anda boleh menggunakan kod kupon atau mendapat tawaran menarik di platform online untuk merendahkan harga tambang.
  • Anda tidak perlu berbaris di terminal bas KLIA jika sudah membuat pra-tempahan bas tiket online.
  • Semua pengendali bas utama seperti StarMart Express, Transnasional, Aerobus, dan lain-lain, dihubungkan dengan platform e-tiket untuk menyediakan tiket bas ke/dari KLIA.
  • Menempah online tiket bas adalah cara paling selamat semasa pandemik Coronavirus kerana dapat mengurangkan sentuhan kontak rapat.
  • Platform e-tiket yang boleh dipercayai menyediakan kemudahan untuk menjadual semula dan membatal perjalanan.
  • Pilih platform e-tiket yang boleh dipercayai yang menyenaraikan ‘ratings/reviews’ pengendali bas KLIA berlainan, dan pilih pengendali yang anda inginkan. Membandingkan ‘ratings’ yang telah diberi oleh pengguna online lain akan membantu anda menilai tahap perkhidmatan setiap pengendali bas KLIA.
  • Anda boleh melihat semua kemudahan yang disediakan dalam bas-bas KLIA dengan menggunakan platform online yang bereputasi.

Dalam kesimpulan, menempah bas secara online akan membantu anda bersiap sedia dalam membuat perancangan terbaik untuk perjalanan bas ke/dari KLIA.

Soalan Lazim

Adakah Aerobus menyediakan bas dari KLIA ke Klang?
Ya, Aerobus menyediakan bas-bas dari KLIA ke Klang pada harga berpatutan. Bas Aerobus dari KLIA ke Klang yang pertama, berlepas pada pukul 12.45 pagi, manakala bas terakhir berlepas pada pukul 11.15 malam.
Adakah selamat untuk menempah tiket bas ke KLIA secara online?
Asalkan anda menggunakan platform tempahan bas online yang bereputasi dan boleh dipercayai, menempah tiket bas ke KLIA secara online adalah selamat.
Berapakah tambang bas-bas ke/dari KLIA?
Harga tambang bas-bas ke/dari KLIA bergantung kepada pengendali bas, jenis bas, dan jarak laluan. Anda boleh melihat harga-harga tiket bas di mana-mana platform online.
Apakah kemudahan-kemudahan yang ada pada bas-bas ke/dari KLIA?
Bas-bas ke/dari KLIA dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, port mengecas, lampu membaca, kompartmen bagasi, alas tempat duduk, pintu keluar kecemasan, dan banyak lagi.
Apakah cara terbaik untuk perjalanan ke/dari KLIA?
Bas-bas senang didapati dan adalah cara pengangkutan yang paling menjimatkan untuk perjalananan ke/dari KLIA.