Bas Malam di Malaysia
Malaysia menarik minat pelancong-pelancong sepanjang tahun kerana mempunyai kepelbagaian pemandangan untuk dilihat seperti pantai-pantai yang permai, pulau-pulau, ladang desa, seni bina unik, bermacam budaya dan hidangan-hidangan yang lazat. Bagi mereka yang ingin menikmati keindahan dan budaya Malaysia, menaiki bas malam adalah cara perjalanan yang sangat bagus. Semasa menaiki bas malam di Malaysia, anda dapat menjimatkan lebih banyak masa supaya dapat meneroka pelbagai tempat di siang hari.
Menaiki bas adalah cara pengangkutan yang popular di Malaysia di kalangan pelancong dan penduduk tempatan, kerana terdapat lebuhraya dan infrastruktur pengangkutan jalan yang sangat teratur. Ia juga merupakan mod pengangkutan paling murah yang sesuai untuk penumpang tidak kira bajet. Anda boleh mendapat bas malam ke pelbagai destinasi dengan tempoh perjalanan yang lebih lama. Banyak pengendali bas mewah di Malaysia menawarkan bas semalaman yang mempunyai kemudahan-kemudahan baik.
Pengendali-pengendali Bas Malam Terbaik di Malaysia
Semua destinasi di Malaysia terhubung dengan baik kerana mempunyai laluan-laluan bas, dan anda boleh mencari pelbagai pengendali swasta yang mengendali pelbagai jenis bas pada laluan-laluan ini. Anda boleh mendapat tiket di terminal, atau dengan membuat tempahan online.
Dengan menempah tempat duduk bersama syarikat tempahan tiket bas online, anda boleh melihat semua pengendali bas yang popular dalam satu tempat, di mana anda juga boleh membuat perbandingan harga, menyemak ‘reviews’ dan melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh setiap bas.
Semua pengendali bas di Malaysia menyediakan kemudahan terbaik dalam bas malam, serta menawarkan jadual laluan yang kerap untuk perjalananan yang lancar. Antara pengendali bas di Malaysia yang menawarkan pelbagai laluan bas malam adalah:
- Aerobus (biasanya digunakan untuk perjalanan ke lapangan terbang)
- Transnasional
- Starmart Express
- Plusliner
- Mayang Sari Express
Jenis-jenis Bas
Oleh sebab terdapat begitu banyak pengendali bas yang bersaing untuk menawarkan keselesaan terbaik kepada penumpang, anda akan menemui pelbagai jenis bas malam di Malaysia. Biarpun bas biasa mahupun yang lebih mewah, anda akan diberi pilihan yang meluas. Bergantung kepada laluan, pengendali bas dan harga, berikut adalah beberapa jenis bas malam yang popular di Malaysia:
- Ekonomi
- Standard
- SVIP
- Bas dua tingkat
- Koc Eksekutif
- Kelas Perniagaan
- Seater/Sleeper (tempat duduk dan ruang tidur)
Kemudahan-kemudahan Bas
Anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan-kemudahan dengan pengendali bas yang dipercayai untuk memastikan perjalanan yang lancar dan selesa. Jenis-jenis kemudahan yang ada akan bergantung kepada pengendali bas, laluan dan jenis bas yang dipilih.
Beberapa kemudahan-kemudahan am yang ada dalam bas malam di Malaysia adalah -
- Penghawa Dingin
- Tempat Duduk Bersandar
- Soket Mengecas
- Lampu Membaca
- Wi-Fi
- Penjejakan GPS
Laluan Bas Malam Yang Popular
Banyak laluan bas di Malaysia mengambil masa 5-6 jam tempoh perjalanan. Ramai penumpang memilih untuk menaiki bas malam dengan tempoh perjalanan laluan yang lebih lama atas pelbagai sebab berbeza. Ada yang ingin menggunakan waktu siang mereka dengan sepenuhnya, manakala ada yang mengutamakan keselesaan bas-bas ini.
Antara laluan bas malam yang kerap di Malaysia adalah:
- Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
- Kuala Lumpur ke Melaka
- Kuala Lumpur ke Kota Bharu
- Butterworth ke Kuala Lumpur
- Johor Bahru ke Kuala Lumpur
- Pulau Pinang ke Kota Bharu
- Melaka ke Pulau Pinang
- KLIA ke Klang
Beberapa Peringatan Penting Sebelum Menempah Bas Malam
Walaupun Malaysia selamat untuk semua pelancong, termasuk pelancong wanita, seelok-eloknya lebih baik untuk sentiasa berwaspada. Berikut adalah beberapa amalan terbaik untuk menjamin keselamatan anda semasa menaiki bas malam di Malaysia:
- Jangan membeli tiket daripada penjaja di terminal kerana harga yang lebih mahal.
- Buat tempahan di kaunter, platform online dan halaman web pengendali bas untuk harga yang lebih berpatutan.
- Pilih pengendali bas yang menawarkan kemudahan-kemudahan bagus yang menepati bajet anda.
- Baca ‘reviews’ setiap pengendali bas sebelum membuat tempahan tiket bas online.
- Elakkan memilih waktu ketibaan di tengah malam apabila membuat perjalanan ke destinasi yang anda tidak biasa.
- Semak alamat/lokasi tempat berlepas adalah betul sebelum tiba di perhentian bas pada waktu malam.
Tiket Online Bas Malam
Anda boleh menempah tiket online bas malam di Malaysia untuk menjimat masa, mengelakkan kesukaran berdiri dalam barisan di perhentian bas dan kiosk. Anda juga boleh membuat tempahan online dari mana sahaja.
Sebelum menempah tiket bas online malam, pastikan penyedia perkhidmatan e-tiket yang anda pilih boleh dipercayai. Proses tempahan bas adalah mudah dan akan mengambil masa kurang dari 5 minit. Laman-laman web tempahan bas terbaik akan menawarkan pelbagai tawaran kepada pelanggan apabila membuat tempahan online tiket bas. Pastikan untuk menyemak tawaran-tawaran sedemikian.